Filed under: Books, Buku, Experience, Life, Malaysia, Peace, Peristiwa, Personal, Politics, Travel, Writing | Tags: Dr M, Laut, Luahan, Mahathir, Malaysia, Pekerjaan, Pening, Politik, Rakyat, Tenang
Hmm, apa lah nak jadi dengan negara saya ni. Nak kata tak bertamadun, rasanya dah ada ketamadunan (betul ke perkataan ni? hehhehe) nya. Kemajuan pun saya dapat banggakan kepada orang-orang dari negara lain. Walaupun saya ni bukanlah orang yang suka bercerita atau menunjuk-nunjuk pada orang lain tentang kelebihan atau keistimewaan yang ada pada negara sendiri, tapi mereka sendiri yang memuji ‘Oh, you’re Malaysian? Yeah, Malaysia is a good country.’ Itu yang sering saya dengar dari mulut mereka. Maklum saja, pekerjaan yang membolehkan saya bergaul dengan bermacam-macam orang dari negara lain. Dan mereka semua membandingkan negara masing-masing dengan negara ini. Dan ramai di antara mereka yang ingin ke Malaysia. Tidak pernah sekali pun saya memuji negara sendiri, tapi itu semua luahan hati mereka.
Tapi, dengan apa yang berlaku di negara kini membuatkan saya ingin segera semula ke laut untuk menenangkan fikiran. Memang tidak dinafikan bebanan kerja di sana berat untuk ditanggung, tapi setidaknya saya tidak terlalu ambil pusing tentang apa yang terjadi di sini kini. Dan bukanlah pula untuk memekakkan telinga dan membutakan mata dalam soal yang terjadi di negara ini, tapi sekadar sudah letih dengan segala cerita yang diceritakan dan digembar gemburkan kebelakangan ini (mungkin dah lama mcm ni, cuma saya saje yang baru tahu – maklum saja). Yang di sini menuduh, yang dituduh, menuduh yang menuduhnya. Entah pihak mana yang benar-benar tertuduh pun tak tahu. Macam budak-budak kecil bergaduh pun iye jugak bila sesekali diperhatikan. Tapi jangan lah kita silap, sebenarnya jika kita lihat pertengkaran atau pun pergaduhan di parlimen atau di mana-mana, itu semua adalah lumrah di setiap negara di dunia ini. Lawak dan geli hati dalam ketidakpercayaan bila melihat telatah mereka ni semua (merangkumi seluruh dunia). Berpelajaran tinggi dan malahan berpandangan jauh dan berwawasan (bak selalu diperkatakan oleh masyarakat di Malaysia), tapi dalam menyelesaikan sesebuah masalah (yang kadang-kadang, kecil sahaja), tidak ubah seperti budak hingusan sekolah rendah sahaja lagaknya. Hmm malu je bila dilihat.
Diri saya ini bukanlah seorang yang pandai atau tahu sepenuhnya dalam politik negara (apalagi politik negara luar), tapi dari apa yang dapat saya katakan ialah, lumrahnya bila seseorang itu ingin menjadi (atau beria-ia menawarkan diri) ketua atau pemerintah atau wakil dan sebagainya adalah untuk kepentingan sendiri (atau lebih tepat lagi – poket seluar). Banyak atau kurangnya, tergantung pada diri mereka sendiri. Tapi tidak dapat kita halang perkara itu dari terjadi, dan bagi saya biarkan lah saja ianya berlaku. Memang sudah kelebihan bagi mereka apabila berkuasa, untuk mendapatkan sesuatu, baik untuk diri sendiri atau yang rapat dengannya. Mengapa saya berkata begitu? Bagi saya, saya tidak kisah tentang apa yang ‘diambil’ atau ‘dicuri’, tapi jangan lupa untuk membangunkan negara dan memajukan rakyat dalam melakukan ‘perncurian’ dan ‘pengambilan’ itu semua. Jangan hanya memikirkan hal sendiri, tapi fikirkan juga keperluan orang lain, kerana pokok pangkalnya ingat semula janji-janji yang pernah ditaburkan sebelum berkuasa. Pendek cerita, penuhilah ‘keperluan’ mu sambil penuhi juga KEPERLUAN kami (rakyat dan negara).
Sekali sekala bila dapat diluahkan rasa yang terbuku ini, lega juga. Biarpun mungkin tidak ada langsung yang ingin membacanya. Sekurangnya sudah saya keluarkan dari kepala fikiran ini. Dan tidak sabar rasanya untuk kembali ke tengah lautan untuk mengembalikan ketenangan hati dan fikiran yang sesak setiap kali pulang ke sini semula. Dr M, andai saja kau masih duduk di kerusi itu, pasti ini semua amat sukar untuk terjadi.
MahsihLuzd