Filed under: Experience, Life, Peristiwa, Personal, Travel, Writing, car | Tags: driving, had laju, kereta, laju, rasuah, saman, settle, speed trap
Pagi tadi lepas mandi dan breakfast, saya balik ke Bentong, Pahang sekejap. Ada hal yang nak diuruskan. Lepas makan tengahari dengan adik lelaki saya di sana, saya pun balik semula ke Shah Alam. Emm boring sangat bawak keta sorang-sorang, so apa lagi memecut la. Tiba-tiba kena tahan lak dengan polis trafik yang buat ‘perangkap laju’ (speed trap). Alamak, ntah kat mana diorang ni ‘tembak’ keta saya pun saya tak tau la. Limit dia 90km sejam je. Tapi saya bawak sampai 116km sejam. Alahai, 26km pun nak kira ke? (hehhehe kalau saya jadi polis pun saya tahan jugak orang yang bawak laju mcm tu…kikikiki).
Saya pun dengan bangganya menurunkan tingkap kereta dan biasa la diorang nak IC dan Lesen memandu saya. Hmm bagi je la. Dia pun nak borak-borak plak dangan saya. Tanya itu tanya ini. Apa? ingat orang nak ’suap’ ke? Dah terpampang kat belakang kereta diorang (keta polis2 seluruh Malaysia) yang mereka tak nak rasuah, so saya pun dengan rela hati je la (walaupun tak rela sangat sebenarnya) ambil surat saman tu beserta IC dan Lesen tadi. Muka abang polis tu pun macam tak puas hati je sebab saya macam tak mahu layan apa yang dia borak-borak tu. Memang la kalau nak ’settle’ boleh, tapi kalau kita sendiri tak dapat nak buat benda tu, baik takyah suruh orang lain buat. Betul tak? Because anything must be started from you. Wah ni dah nak speaking london lak. Oklah, saje je nak bagitahu hal kena saman tadi tu. Melayang lagi duit bayar saman, tapi takpe asalkan tak melayang duit ‘me’rasuah’ atau duit ’settle’. Paham-paham je la semua pemandu kat Malaysia ni. Selamat memandu. Berhati-hati di jalanraya. Why do you drink and drive, when you can smoke and fly? hehhehe gurau je.
MahsihLuzd
1 Comment so far
Leave a comment
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
ahah nice one (”,)
Comment by thegossiplounge August 7, 2008 @ 4:30 pm