Filed under: Books, Experience, Life, Peristiwa, Personal, Travel, Writing | Tags: bahasa Jepun, hasrat, Jepun, jogging, Travel
Pagi tadi saya bangun dan macam biasa lepas gi jogging dekat kejiranan ni, duk tengok TV sambil breakfast makan sandwich tuna dan segelas jus oren. Mata tengok TV, mulut mengunyah roti sandwich tapi kepala jauh melayang entah ke mana-mana. Terlalu banyak yang saya fikirkan pagi tadi.
Banyak perkara yang ingin saya lakukan tapi masih banyak pula perkara yang belum lagi saya selesaikan. Diantaranya ialah keinginan saya untuk mempelajari pertuturan dan menulis dalam bahasa Jepun. Yang sebenarnya saya telah pun mempunyai dua buah buku bahasa Jepun itu. Cuma masa kadang-kadang tidak mengizinkan dalam saya meneruskan hasrat tersebut. Mungkin juga kerana terlalu banyak yang ingin dilakukan, maka perkara ini terjadi. Nak kata saya ni cuma ‘hangat-hangat tahi ayam’, tidak jugak. Mungkin saya akan atur masa saya agar lebih teratur dan terbahagi rata dalam melakukan sesuatu. InsyaAllah jika ada kemahuan , pasti saja ada jalannya. Cuma masa yang akan menentukannya nanti.
Saya juga terlalu ingin untuk ‘travel’ ke satu-satu tempat yang belum pernah saya lawati dan jika ada kesempatan dan ‘kebolehan’, saya akan menulis buku mengenai ‘travel’ atau perjalanan saya itu. Seperti yang saya tulis dalam blog sebelum ini, saya masih lagi mencari-cari sumber serta maklumat tentang penulisan sebegitu.
MahsihLuzd
No Comments Yet so far
Leave a comment
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>