Filed under: Camera, Experience, Life, Personal, Photography, Travel, Writing | Tags: Camera, D40, digital, hobby, nikon, Photography, SLR, snap
Yesterday evening after sending my niece and her mother (my sister) for a TV commercial ‘casting’ in Taman Tun, we went to Ikano for a dinner. Actually the main reason I go there is to buy my new SLR camera. I bought it for RM1888 at Harvey Norman and it is Nikon D40. I’ve been doing some surveys from so many sources including asking it from my friends who’ve been a cameraman for quite long time. And I already made up my mind to buy it. Actually yesterday was the 3rd ‘attempt’ in buying a camera, after ‘too much thinking’ (as been said by my little sister about me asking for some opinions in buying a SLR camera. And well, here I am with my new camera which starting my new hobby (actually I’ve been waiting for this to be happened. I mean to have my own camera.
I’ve already started snapping some pictures to get familiarize with the functions all the buttons on it. Lucky also for me as my little sister also had some experiences regarding this thing. Hmm it’s almost Sembahyang Jumaat time now, so I gotta go and make a move. I’ll post some of my snapping in here and will probably start a flickr account. Will let you guys informed if there are any new things going on here. Happy snapping
MahsihLuzd
Filed under: car, Experience, Life, Peristiwa, Personal, Travel, Writing | Tags: driving, had laju, kereta, laju, rasuah, saman, settle, speed trap
Pagi tadi lepas mandi dan breakfast, saya balik ke Bentong, Pahang sekejap. Ada hal yang nak diuruskan. Lepas makan tengahari dengan adik lelaki saya di sana, saya pun balik semula ke Shah Alam. Emm boring sangat bawak keta sorang-sorang, so apa lagi memecut la. Tiba-tiba kena tahan lak dengan polis trafik yang buat ‘perangkap laju’ (speed trap). Alamak, ntah kat mana diorang ni ‘tembak’ keta saya pun saya tak tau la. Limit dia 90km sejam je. Tapi saya bawak sampai 116km sejam. Alahai, 26km pun nak kira ke? (hehhehe kalau saya jadi polis pun saya tahan jugak orang yang bawak laju mcm tu…kikikiki).
Saya pun dengan bangganya menurunkan tingkap kereta dan biasa la diorang nak IC dan Lesen memandu saya. Hmm bagi je la. Dia pun nak borak-borak plak dangan saya. Tanya itu tanya ini. Apa? ingat orang nak ‘suap’ ke? Dah terpampang kat belakang kereta diorang (keta polis2 seluruh Malaysia) yang mereka tak nak rasuah, so saya pun dengan rela hati je la (walaupun tak rela sangat sebenarnya) ambil surat saman tu beserta IC dan Lesen tadi. Muka abang polis tu pun macam tak puas hati je sebab saya macam tak mahu layan apa yang dia borak-borak tu. Memang la kalau nak ‘settle’ boleh, tapi kalau kita sendiri tak dapat nak buat benda tu, baik takyah suruh orang lain buat. Betul tak? Because anything must be started from you. Wah ni dah nak speaking london lak. Oklah, saje je nak bagitahu hal kena saman tadi tu. Melayang lagi duit bayar saman, tapi takpe asalkan tak melayang duit ‘me’rasuah’ atau duit ‘settle’. Paham-paham je la semua pemandu kat Malaysia ni. Selamat memandu. Berhati-hati di jalanraya. Why do you drink and drive, when you can smoke and fly? hehhehe gurau je.
MahsihLuzd
Filed under: Books, Experience, Kehidupan, Life, Pengalaman, Peristiwa, Personal, Travel, Writing | Tags: dolphin, ikan, iran, kapal, Kehidupan, lautan, lumba-lumba, paus, Pengalaman, sri lanka, whales
Malam tadi saya menonton tentang seorang hos yang telah pergi ke salah satu pulau di Sepanyol. Di sana dia berpeluang untuk menaiki bot ke tengah laut bagi melihat paus dengan lebih dekat lagi. Dia juga sempat ber’snorkling’ untuk mendekati kehidupan mamalia terbesar di dunia itu.
Ia mengingatkan saya sekitar dua bulan yang lalu ketika kapal tempat saya bekerja sedang dalam perjalanan ke Bandar Imam Khomeini (BIK) di negara Iran. Sedang kapal mendekati kawasan yang di gelar ‘Dondra Head’ (atau kepala Dondra hehhehe) di selatan Sri Lanka, saya yang ketika itu sedang bertugas di bridge (panggilan untuk bahagian di kapal tempat pengemudian), telah terlihat air yang dipancut dari permukaan air ke udara. Melihatkan keadaan itu, saya capai binokular dan dapat dilihat dengan jelas bahagian belakang ikan paus tersebut. Selepas berberapa ketika barulah saya sedari terdapat lebih kurang 15 hingga 20 ekor ikan paus sedang berlegar-legar di kawasan tersebut. Saya yang baru pertama kali berpeluang melihatnya, tidak henti-henti meneropong ke arah kumpulan-kumpulan paus tadi. Memang sudah agak lama sejak mula berlayaatau bekerja di kapal baru itu lah kali pertama saya mendapat peluang melihat dengan mata sendiri ikan paus. Walaupun hanya sekitar 80 hingga 100 meter jaraknya ‘mereka’ dari kapal saya, tapi itu sudah cukup memadai bagi saya mengenangkan peristiwa kali pertama melihat ‘mereka’.
Yang sebenarnya, saya ingin menceritakan tentang satu lagi kehidupan laut (yang ini sudah kerap saya temui ketika di kapal) iaitu ikan lumba-lumba atau dalam bahasa Inggerisnya Dolphin. Perkara ini terjadi ketika itu saya masih lagi dalam praktikal di atas kapal (sebelum pulang ke akademi dan menjadi pegawai). Saya masih ingat nama kapal itu ialah M.T Bunga Melati 6 (M.T itu bermaksud Motor Tanker). Saya sedang mengecat di atas dek dan tubuh saya membelakangi lautan. Cuaca ketika itu sangat baik, laut umpama cermin (sea like a mirror – seperti selalu digambarkan oleh seorang pelaut untuk menrangkan betapa tenangnya air laut ketika itu), angin sepoi-sepoi bahasa. Walupun agak panas di atas dek, saya cuba untuk menghiburkan hati sendiri (yang berjauhan dari keluarga) dengan menyanyi perlahan, cukup untuk hanya didengari oleh saya. Tiba-tiba saya terdengar seperti sesuatu yang agak besar dilemparkan ke dalam air, kerana terdengar seperti sesuatu jatuh ke permukaan air laut. Pada mulanya saya membiarkannya tetapi bunyi itu seperti lebih kerap dan membuatkan saya bangun dari mengecat dek dan melihat ke arah lautan (kebetulan ketika itu kapal fully loaded – bererti penuh dengan muatan, dan jarak diantara dek dengan permukaan air agak dekat). Dan agak teruja saya bila terlihatkan berberapa ekor ikan lumba-lumba sedang melompat-lompat ke udara sambil melakukan gerakan yang dapat dilihat di pertunjukan di zoo. Saya yang masih lagi begitu teruja memandang ke arah bridge dan saya dapati 2nd Mate (pegawai / malim kedua) juga sedang memerhatikan ikan luma-lumba tersebut. Jarak ikan-ikan itu dari tempat saya berdiri sekitar 5 meter sahaja membuatkan saya tersenyum sendirian melihat telatah ‘mereka’. Terlintas dan terfikir pula saya tentang pertunjukan-pertunjukan ikan lumba-lumba dan juga ikan paus yang ditonton di TV, bagaimana pula ikan-ikan ini dapat melakukan pergerakan yang saya anggap ‘acrobatic’ itu sedangkan ianya dari jenis yang liar? Agak lama juga saya berdiri di tepi railing dek memerhatikan ikan-ikan tadi melompat-lompat ke udara hingga hilang dari pandangan. Termenung saya memikirkan perkara itu ketika di kabin pada sebelah petangnya. Adakah manusia (pelatih ikan paus dan lumba-lumba) yang mengajar ‘mereka’ untuk melakukan pergerakan seperti yang selalu kita tonton atau memang lumrah kehidupannya untuk berbuat demikian? Langsung saya membuat kesimpulan bahawa pelatih ‘mereka’ itu cuma memberikan isyarat sahaja sedangkan makhluk ciptaan-Nya itu memang telah tahu akan kemampuannya seperti yang di ‘ajar’ PENCIPTANYA.
MahsihLuzd
Filed under: Books, Experience, Life, Peristiwa, Personal, Travel, Writing | Tags: bahasa Jepun, hasrat, Jepun, jogging, Travel
Pagi tadi saya bangun dan macam biasa lepas gi jogging dekat kejiranan ni, duk tengok TV sambil breakfast makan sandwich tuna dan segelas jus oren. Mata tengok TV, mulut mengunyah roti sandwich tapi kepala jauh melayang entah ke mana-mana. Terlalu banyak yang saya fikirkan pagi tadi.
Banyak perkara yang ingin saya lakukan tapi masih banyak pula perkara yang belum lagi saya selesaikan. Diantaranya ialah keinginan saya untuk mempelajari pertuturan dan menulis dalam bahasa Jepun. Yang sebenarnya saya telah pun mempunyai dua buah buku bahasa Jepun itu. Cuma masa kadang-kadang tidak mengizinkan dalam saya meneruskan hasrat tersebut. Mungkin juga kerana terlalu banyak yang ingin dilakukan, maka perkara ini terjadi. Nak kata saya ni cuma ‘hangat-hangat tahi ayam’, tidak jugak. Mungkin saya akan atur masa saya agar lebih teratur dan terbahagi rata dalam melakukan sesuatu. InsyaAllah jika ada kemahuan , pasti saja ada jalannya. Cuma masa yang akan menentukannya nanti.
Saya juga terlalu ingin untuk ‘travel’ ke satu-satu tempat yang belum pernah saya lawati dan jika ada kesempatan dan ‘kebolehan’, saya akan menulis buku mengenai ‘travel’ atau perjalanan saya itu. Seperti yang saya tulis dalam blog sebelum ini, saya masih lagi mencari-cari sumber serta maklumat tentang penulisan sebegitu.
MahsihLuzd
Filed under: Books, Experience, Life, Peristiwa, Personal, Thoughts, Travel, Writing | Tags: Athens, cab, country, fuel, Greece, share, taxi, vehicle
After came back from a jog this morning I had a breakfast while watching Discovery ‘Travel & Living’ channel on my TV. It’s really amazed me to watch the host sightseeing around Greece and until she stops in Athens. She’s saying that people there can share their cab (taxi) even though they don’t know each other as long as they’re going to the same place or in the same way of directions. And I found it’s very-very good. She (the host) said that one of the purposes is to lessen the vehicles on the road.
And it makes me think that if this thing is true, I’m wondering how good it could be if other countries (especially mine, Malaysia) would be doing the same thing there. Well, maybe I also don’t know about other countries which already did this. But I really suggest to everyone to do the same. Plus we could try to minimize the usage of fuel, which been quite frequently discussed these days. So everybody let’s do this together and me myself will try to start this lifestyle in my country.
MahsihLuzd
Filed under: Books, Buku, Experience, Life, Personal, Travel, Writing | Tags: Book, Katrina Blowers, travelogue, Tuning Out
I’m reading a book by Katrina Blowers titled Tuning Out – My Quarter Life Crisis. I bought it last week and started reading it recently. It’s a travelogue about her going for a very long vacation from her normal every morning job as an accomplished radio presenter in Australia. I just finished chapter 4 and so far the stories of her journey is interesting (for me). And actually I’m doing some research and looking for examples on how to write a travelogue.
MahsihLuzd
Filed under: Experience, Life, Peristiwa, Personal, Writing | Tags: Angels, Athletics, breakfast, early, exercise, jogging, MLB, morning, Red Sox, walking, Yankees
I woke up a little bit early this morning and after splashed some water on face, getting ready for a jog. Actually it’s more to quick walking than jogging hehhehe. Anyway, at least I did some exercise right? It’s better something than nothing (I guess). Emm after about 45 minutes of walking around my neighborhood, i had a cup of chicken cream soup with a stick of (is this the right word? – hahaha) sausage while watching a live broadcast of MLB (Major League Baseball) game between Boston Red Sox (one of my favorite teams) and Oakland Athletics. Yankees (My number one favorite team!) are playing with Angels today. I hope they will win the game. Though there is no baseball games played in my country (Malaysia), but I really love to watch those teams playing it in US. One of my dreams to be able to watch them playing live in a ball park some day, really hope so. Well, enough for an early morning writing though.
MahsihLuzd
Filed under: Life, Music, Peristiwa, Personal, Writing | Tags: 90an, Dunia, Fikir, Lagu, Lirik, Lyrics, Manusia, Muzik, Rausyanfikir, Renung, Sastera
Tiba-tiba terngiang lagu dendangan Art Fazil (Rausyanfikir) yang pernah popular sekitar 90an dulu di Malaysia. Dan sengaja saya selitkan liriknya yang agak mengajak kita untuk merenung sesuatu serta memikirkannya. Saya pun tak tahu apa yang tersirat di sebalik liriknya ini tapi saya memang suka akan lagu-lagu yang ada nilai-nilai sastera serta maksud tertentu samada ianya tersurat mahupun yang tersirat. Sama-samalah kita renungkan, tambahan pula dalam waktu-waktu di mana kadang-kadang kita sebagai manusia terleka dan terlupa tentang betapa tiada beza antara kita di atas muka bumi ini.
MahsihLuzd
Jika ku tanya padamu
Manakah arah rumahmu
Apakah jawabanmu
Sama dengan ku
Jika ku tanya padamu
Manakah arah kiblatmu
Apakah jawabanmu
Sama dengan ku
Chorus: Satu rumpun budaya
Satu akar bahasa
Satu soalan nak ku tanya
Adakah kita
Punya satu suara
Jika ku tanya padamu
Apa warna benderamu
Apakah jawabanmu
Sama denganku
Jika ku tanya padamu
Siapakah saudaramu
Apakah jawabanmu
Sama denganku
Filed under: Books, Buku, Experience, Life, Malaysia, Peace, Peristiwa, Personal, Politics, Travel, Writing | Tags: Dr M, Laut, Luahan, Mahathir, Malaysia, Pekerjaan, Pening, Politik, Rakyat, Tenang
Hmm, apa lah nak jadi dengan negara saya ni. Nak kata tak bertamadun, rasanya dah ada ketamadunan (betul ke perkataan ni? hehhehe) nya. Kemajuan pun saya dapat banggakan kepada orang-orang dari negara lain. Walaupun saya ni bukanlah orang yang suka bercerita atau menunjuk-nunjuk pada orang lain tentang kelebihan atau keistimewaan yang ada pada negara sendiri, tapi mereka sendiri yang memuji ‘Oh, you’re Malaysian? Yeah, Malaysia is a good country.’ Itu yang sering saya dengar dari mulut mereka. Maklum saja, pekerjaan yang membolehkan saya bergaul dengan bermacam-macam orang dari negara lain. Dan mereka semua membandingkan negara masing-masing dengan negara ini. Dan ramai di antara mereka yang ingin ke Malaysia. Tidak pernah sekali pun saya memuji negara sendiri, tapi itu semua luahan hati mereka.
Tapi, dengan apa yang berlaku di negara kini membuatkan saya ingin segera semula ke laut untuk menenangkan fikiran. Memang tidak dinafikan bebanan kerja di sana berat untuk ditanggung, tapi setidaknya saya tidak terlalu ambil pusing tentang apa yang terjadi di sini kini. Dan bukanlah pula untuk memekakkan telinga dan membutakan mata dalam soal yang terjadi di negara ini, tapi sekadar sudah letih dengan segala cerita yang diceritakan dan digembar gemburkan kebelakangan ini (mungkin dah lama mcm ni, cuma saya saje yang baru tahu – maklum saja). Yang di sini menuduh, yang dituduh, menuduh yang menuduhnya. Entah pihak mana yang benar-benar tertuduh pun tak tahu. Macam budak-budak kecil bergaduh pun iye jugak bila sesekali diperhatikan. Tapi jangan lah kita silap, sebenarnya jika kita lihat pertengkaran atau pun pergaduhan di parlimen atau di mana-mana, itu semua adalah lumrah di setiap negara di dunia ini. Lawak dan geli hati dalam ketidakpercayaan bila melihat telatah mereka ni semua (merangkumi seluruh dunia). Berpelajaran tinggi dan malahan berpandangan jauh dan berwawasan (bak selalu diperkatakan oleh masyarakat di Malaysia), tapi dalam menyelesaikan sesebuah masalah (yang kadang-kadang, kecil sahaja), tidak ubah seperti budak hingusan sekolah rendah sahaja lagaknya. Hmm malu je bila dilihat.
Diri saya ini bukanlah seorang yang pandai atau tahu sepenuhnya dalam politik negara (apalagi politik negara luar), tapi dari apa yang dapat saya katakan ialah, lumrahnya bila seseorang itu ingin menjadi (atau beria-ia menawarkan diri) ketua atau pemerintah atau wakil dan sebagainya adalah untuk kepentingan sendiri (atau lebih tepat lagi – poket seluar). Banyak atau kurangnya, tergantung pada diri mereka sendiri. Tapi tidak dapat kita halang perkara itu dari terjadi, dan bagi saya biarkan lah saja ianya berlaku. Memang sudah kelebihan bagi mereka apabila berkuasa, untuk mendapatkan sesuatu, baik untuk diri sendiri atau yang rapat dengannya. Mengapa saya berkata begitu? Bagi saya, saya tidak kisah tentang apa yang ‘diambil’ atau ‘dicuri’, tapi jangan lupa untuk membangunkan negara dan memajukan rakyat dalam melakukan ‘perncurian’ dan ‘pengambilan’ itu semua. Jangan hanya memikirkan hal sendiri, tapi fikirkan juga keperluan orang lain, kerana pokok pangkalnya ingat semula janji-janji yang pernah ditaburkan sebelum berkuasa. Pendek cerita, penuhilah ‘keperluan’ mu sambil penuhi juga KEPERLUAN kami (rakyat dan negara).
Sekali sekala bila dapat diluahkan rasa yang terbuku ini, lega juga. Biarpun mungkin tidak ada langsung yang ingin membacanya. Sekurangnya sudah saya keluarkan dari kepala fikiran ini. Dan tidak sabar rasanya untuk kembali ke tengah lautan untuk mengembalikan ketenangan hati dan fikiran yang sesak setiap kali pulang ke sini semula. Dr M, andai saja kau masih duduk di kerusi itu, pasti ini semua amat sukar untuk terjadi.
MahsihLuzd